Topik 2: TRENDLINE
TRENDLINE merupakan Garisan di mana kita menandakan pembetukan sesebuah trend.
Sama ada untuk meramal trend menaik (UPTREND) ataupun trend menurun (DOWNTREND)
Macam mana TRENDLINE ni berfungsi?
📈BUY di TRENDLINE UPTREND
📉SELL dI TRENLINE DOWNTREND
Contoh fungsi trendline untuk DOWNTREND
DOWNTREND kita akan fokus SELL, sell pada line merah je.
Contoh fungsi trendline untuk UPTREND
UPTREND kita akan fokus BUY, BUY pada line BIRU je.
Trendline boleh bertindak mengikut market behaviour sama macam SnR.
Apa dia? Trendline boleh sama behaviour macam SnR. Jawapannya yes.
Cuma cara cari dan setup je yang lain. Konsepnya masih sama. Berikut adalah jenis2 trendline :-
Trendline :-
• Major Trendline (Di tarik di TF besar contohnya H4,D1,W1 & MN)
• Minor Trendline (Di tarik di TF kecil contohnya M1,M5,M15,M30 & H1)
• Trend Trendline (Di tarik TF besar untuk mencari trend sesebuah market,bullish trend/bearish trend)
• Support Trendline (Any TF)
• Resistance Trendline (Any TF)
• Support becomes Resistance Trendline, SBR (Any TF)
• Resistance becomes Support Trendline, RBS (Any TF)
Take note ya jenis- jenis trendline ni sebab semua akan diguna pakai. Takde satu pun yang tak guna. Jadi korang fahamkan dulu pengenalan ni.
Ada dua cara setiap trader guna untuk tarik trendline :-
1. Dari body ke body
2. Dari shadow ke shadow
Takde kompromii untuk guna dua-dua cara ini. Boleh gunakan dua-dua dalam satu masa. Semua cara adalah valid untuk semua currency dan commodities pair
Contoh Trendline SnR
Contoh Trendline Support Becomes Resistance (SBR)
Contoh Trendline Resistance Becomes Support (RBS)
Macam mana cara nak tarik trendline ?
Untuk trendline uptrend/support:
- Cari dua point terendah yang menaik, tarik dari 2 point tu sampai hujung.
Untuk trendline downtrend/resistance:
- Cari dua point tertinggi yang menurun, tarik dari 2 point tu sampai hujung.
Timeframe apa yang sesuai untuk tarik trendline ?
• Major trendline : TF W1-D1-H4
• Untuk minor trendline : TF H4-H1
Lower TF tak sesuai untuk tentukan trend semasa.
Tengok ni.. diatas
Mula-mula kita tanda dulu bahagian atas sebagai trendline resistance..
Lepas tu kita cari pulak trendline support…
Cara nak tarik mestilah cari dua price yang menaik untuk trendline support & dua price yang menurun untuk trendline resistance..
Kalau price ke trendline support kita cari buy, dan jika price pecah atas dari trendline resistance kita boleh focus buy
Contoh satu lagi..
Mula mula Joe tarik trendline resistance.. dua price menurun Joe sambungkan..
Lepas tu Joe tarik pulak trendline support.. dua price menaik, Joe sambungkan…
Bila price sampai ke trendline resistance, kita boleh sell… Bila sampai ke trendline support, dia tembus.. Kita boleh focus sell..
Ini contoh trendline resistance breakout jadi support…
Mula-mula tarik je dua price tertinggi yang menurun… Bila sampai ke point ke-3 dia break ke atas…
So tunggu dia kembali ke trendline yang dah tanda tu (3) kita buy.. Sebab dah break out ke atas.
Contoh- contoh trendline dan posisi untuk BUY / SELL
TREND LINE SUPPORT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan