• Untuk mengenal pasti SnR tu strong atau weak simple je. Bila ada banyak retest/rejection kat zone SnR kita, itu maksudnya SnR kita strong
Macam mana nak tahu SnR itu strong/weak ? Ok baca ni :-
• Untuk mengenal pasti SnR tu strong atau weak simple je. Bila ada banyak retest/rejection kat zone SnR kita, itu maksudnya SnR kita strong sebab tu tanda price dah susah nak tembus zone SnR kita.
• Yang kedua, SnR kita mesti kena cari kat time frame bapak2 seperti 4 hours, daily, weekly atau monthly. Tak salah kalau cari kat Timeframe (TF) kecik macam 1 hour, 30 minutes, 15 minutes dan sebagainya. Cuma TF kecik ni banyak noise/movement yang takde impak besar kat TF atas.
Faham guys?! Joe nak payung gambar contoh pulak kat korang ni.
ringkasnya SNR kuat bila :-
1- byk rejection atau test kat zone SNR
2 - cari zon SNR kat TF besar iaitu dari H4 ke weekly. Time frame kecil byk noise.
Apakah fungsinya kita nak identify strong dan weak SnR ni? Kenapa tak hentam je Joe? 🤔
Ok pertamanya adalah untuk dapatkan sense of security sebagai salah satu confluence/reason bila kita nak entry. Korang kalau nak join racing nak kereta strong sedap2 ke nak kereta besi buruk weak punya. Mestila nak strong kan? Supaya kita ada sense of security dan salah satu confluence/reason kita untuk menang. Sama jugak bila kita apply dalam market.
Strong SnR adalah tempat di mana susah price nak tembus/pecah. Price perlukan beberapa kali momentum sebelum berjaya untuk tembus. Untuk weak SnR, price mudah tembus/pecah, so akan menambahkan risiko kita kalau kita entry kat situ 🤙
ZONE RESISTANCE, CARI SELL
ZONE STRONG SUPPORT BANYAK REJECTION, CARI BUY
ZONE REJECTION, ADA 4 REJECTION KAT ZONE TU. CARI SELL
ZONE STRONG SUPPORT, BANYAK REJECTION
ZONE STRONG RESISTANCE, CARI SELL
ZONE WEAK SUPPORT, JANGAN BUY
ZON RESISTANCE BREAK JADI SUPPORT, CARI BUY
Okay tengok ni… chat di bawah...
Bila kita nak analisis, kita wajib tengok belah kiri dulu.. sebab belah kiri adalah data yang dia dah bagi.. bila kita dah identify data belah kiri baru kita boleh nak decide sama ada nak buy atau nak sell…
Kat kiri ada 3 rejection kat zone resistence. Itu petanda resistance tu kuat..bila price kat belah kanan sampai ke zone resistance, tembus zone resistance kuat kita, so automatic di kira break out resistance…
Bila dah break out resistance, kita jadikan zone resistance tadi sebagai support (RBS), tunggu price sampai lepas tu kita masuk buy.
Tengok ni… dibawah
Kat belah kiri kita nampak ada satu zone support yang kuat rejection nya (candle pacak tinggi)…
So kita boleh decide kat belah kanan tu untuk buy, sebab kat zone support kita cari buy jangan cari sell.
Bila kita nak analisis chart guna SNR “always look to your left” sebab data untuk kita analisis akan sentiasa ada kat belah LEFT SIDE.
Tengok ni… dibawah..
Kita tengok sebelah kiri, ada dua rejection kat zone resistance. So kita tanda box tu sebagai resistance yang kuat…
Bila price kembali ke zone resistance tu kat belah kanan, kita cari sell sebab kat situ ada zone resistance yang kuat dan bila zone resistance kuat kita cari lah sell..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan