FOREX POWERFUL STRATEGY – CANDLE RETEST AND REJECT
asas penting
Secara asasnya strategi candlestick ini adalah cara untuk mendapatkan entry reversal selepas price membuat fakeout atau false break. Dalam keadaan tertentu, false break tidak berlaku tetapi ia terus membentuk signal pada area SNR. Ini akan diterangkan lebih lanjut di bawah.
Nota Penting: Sebelum kita lanjutkan, sedikit maklumat penting saya ingin sampaikan – Retest berlaku samda pada candle kedua selepas candle signal dan juga retest berlaku dalam tempoh yang akan datang selepas signal dan trend terbentuk, iaitu retest boleh berlaku di masa akan datang pada sesuatu SNR atau price level.
Sedikit background teknik false beak sebelum ini
Candle akan break candle terdahulu tetapi gagal untuk terus melepasi sesuatu hi dan low kemudian berpatah balik. Ini dikenali sebagai false break. Arah seleaps false break itulah arah sebenarnya. Sebagai trader, anda perlukan pendekatan yang lebih advanced seperti ini berbanding kaedah basic. Itulah sebabnya saya memanggil teknik ini sebagai teknik advanced candlestick.
Anda boleh baca lebih lanjut di sini
Strategi di atas adalah berdasarkan 2 candle terdekat. Pada artikel ini pula saya menjelaskan mengenai retest selepas breakout. Retest adalah keadaan retracement yang boleh dimanfaatkan sebagai entry point anda untuk tujuan buy low dan sell high.
Ia juga adalah satu cara yang dipraktikkan sejak sekian lama oleh trader untuk memasuki pasaran secara sabar dan berdisiplin.
Kuasai Strategi Retest dalam masa singkat!
Saya sudah susunkan point-point penting yang anda perlu tahu mengenai strategi ini. Sediakan pen dan kertas untuk membuat catatan anda.
Apa itu ‘retest’ dalam forex technical analysis?
Retest berlaku dalam banyak bentuk. Ada yang berlaku selepas signal terbentuk, ada yang berlaku di masa akan datang pada suatu price level atau SNR bulan ataupun tahun-tahun lepas dan ada juga retest yang berlaku selepas sesuatu breakout perubahan trend.
Price akan ke point asal breakout(SBR/RBS) sebelum ia meneruskan trend selepas breakout dan juga reversal jika tiada kekuatan untuk merubah arah trend selepas retest historical SNR.
Keadaan ini dipanggil sebagai retest.
Sesuatu price level ataupun SNR yang sudah diuji dan telah berlaku reversal pada waktu-waktu lepas akan dipanggil ‘tested’ kerana ia pernah diuji suatu masa dahulu. Ia juga akan dikenali sebagai historical SNR.
historical SNR ini banyak berkait dengan SNR yang pernah terbentuk tahun-tahun terdahulu dan masih menjadi SNR kuat di masa akan datang.
Berdasarkan gambar kita boleh tafsirkan bahawa nombor genap 124.000 menjadi strong support sejak 2016 untuk pair GBPJPY dan masih kekal kuat hingga hari ini. Berdasarkan kefahaman di atas, anda sebenarnya boleh manfaatkan sesuatu historical level untuk entry buy low ataupun sell high. Apa yang penting adalah anda mestilah berani mengambil risiko.
Apakah makna disebalik retest?
Maksudnya price hendak menguji semula level price itu atau SNR itu untuk perubahan trend. Dalam keadaan lain, ia juga merujuk kepada Stoploss hunting akibat dari manipulasi pasaran. Saya melihat ia sebagai sesuatu yang logik di mana manipulasi ini tiada lainnya hanya untuk membuatkan trader kerugian dalam dua keadaan iaitu;
- SL hunting – berlaku apabila adanya false break melebihi candle entry dan mengena pada SL area
- Sell low, buy high akibat aktiviti panik entry dan mengejar trend yang kononnya akan terus jatuh ataupun terus naik
Retest dan break
Retest yang berlaku adalah petanda buyers dan sellers yang bersaing kuat untuk menaikkan dan menjatuhkan sesuatu trend pasaran. Anda perlu beri perhatian kepada sesuatu retest itu. Tujuan utama anda adalah mendapatkan entry sebaik mungkin tetapi jika retest itu gagal, anda perlu keluar dari pasaran secepat mugkin. Gagal bermaksud, price gagal untuk reverse tapi sebaliknya ia breakout pula sesuatu SNR itu.
Kelebihan setup retest ini adalah ia membantu anda mengenalpasti entry dan stoploss anda. Ingat, trading system terbaik mestilah lengkap dengan kawalan risk. Jika tiada, maka ia hanyalah perjudian nasib semata-mata.
Exit trade ketika salah adalah keperluan dan kelengkapan penting bagi seseorang trader itu. Jika anda masih struggle mencari teknik yang tidak perlukan emergency exit macam ni mungkin ilmu ini bukan untuk anda.
Retest dan Reject
Contoh retest tanpa false break candle. Candle pin bar terbentuk di atas support. Secara tidak langsung ia membentuk signal buy.
Tidak semua candle retest akan ada false break candle. Adakalanya ia hanya membentuk double top ataupun double bottom jika retest itu berlaku jauh dari candle signal pertama. Jika ia berlaku pada candle kedua selepas candle signal pertama tetapi candle kedua ini bukan candle false break, maka ia akan membentuk candle reversal pattern seperti tweezer top dan tweezer bottom.
Credit : The Diary of a Trader
Gambar di atas adalah contoh 2 candle yang mempunyai kedudukan shadow yang sama rata iaitu candle kedua tidak punyai shadow lebih panjang dari candle pertama. Ini dikenali sebagai Tweezer Candle.
2 jenis retest dalam pasaran
Retest berlaku samada pada candle kedua terdekat ataupun candle yang jauh dari candle signal.
Retest ini berlaku pada sesuatu price level dan juga sesuatu SNR.
1). Price level terbahagi kepada 2;
- Round number
- Psychological number
Apabila signal terbentuk di salah-satu price di atas, retest ada kemungkinan berlaku selepas terbentuknya signal.
Round number : tiga digit sifar terakhir, cth 1.21000, 1.22000
Psichological number : empat digit sifar terakhir, cth 1.30000, 1.20000
Bagi pair JPY :
Round number : 145.000. 146.000
Psichological number : 100.000, 120.000
GBPUSD pada tahun 2017 – Number psikologi 1.30000 menjadi key SNR penting pada tahun ini di mana price pernah gagal break setelah membuat retest 2x. Akhirnya ia breakout pada bulan september diikuti retest semula pada oktober hinggalah pair ini kembali bullish semula pada bulan november.
Situasi retest memberikan gambaran keseluruhan bahawa dalam bulan tersebut, price psychological 1.30000 menjadi strong support(RBS) dan gagal untuk ditembusi. Teknikal trader akan melihat ini sebagai potensi ataupun peluang untuk membuat entry buy pada harga terendah pada waktu itu.
Angka genap 149.00 pada GBPJPY menjadi strong resistance dan kerap berlaku rejection. Setiap kali rejection berlaku(candle closed bearish), entry sell akan dibuat.
GBPUSD retest dan rejected angka round number 1.52000. Setelah naik, ia turun semula untuk retest price level ini. Apabila candle closed bullish di atasnya, ia adalah petadna rejection dan signal kepada entry buy.
Price level 1.52000 ini bertindak sebagai strong support level.
2). SNR retest
Ia biasanya banyak berkaitan dengan sesuatu strong SNR yang ditembusi samada RBS atau SBR terbentuk selepas breakout itu. SNR tidak merujuk pada price tertentu kecuali hanya pada sesuatu price level yang mempunyai kesan pada pasaran.
Dalam keadaan lain juga retest pada SNR akan membentuk reversal chart pattern seperti double top/bottom dan triple top/bottom. Ini kerana retest kali kedua dan ketiga telah gagal membuatkan trend berubah. Maka ia akan reverse.
Triple bottom terbentuk apabila berlaku lagi retest kali ke-3 pada sesuatu support sebelum ia betul-betul rejected.
Jika terlepas sesuatu peluang itu tidak mengapa, perhatikan jika price masih hendak retest lagi di masa akan datang. Jika dilihat dari segi peluang, ini adalah peluang terbaik anda untuk memasuki pasaran dan juga menambah lagi entry jika sudah entry pada rejection yang kedua.
Retest sesuatu SBR atau RBS juga boleh berlaku selepas breakout neckline sesuatu chart pattern seperti Head n Shoulder pattern dan inverted Head n Shoulder pattern.
Di atas adalah contoh buy setup apabila price break neckline pada pair GBPUSD untuk inverted head and shoulder pattern yang terbentuk di H1 pada bulan ogos lepas. Berlaku berberapa kali retest pada neckline sebelum price betul-betul naik tinggi.
Anda boleh manfaatkan keadaan ini dengan trading seperti pemburu yang menanti peluang yang sesuai untuk memburu mangsanya. Nantikan retest dan entrylah selepas ia berlaku. Trader yang tidak sabar pasti selalu tersangkut pada keadaan buy high dan sell low. MENANTI RETEST dan REJECT boleh bantu anda atasi situasi ini.
Retest dan reject pada sesuatu SNR adalah petanda SNR itu adalah strong level. Kebarangkalian untuk gagal adalah rendah sementara kebarangkalian untuk ia menjadi adalah sangat tinggi.
Petanda sesuatu SNR itu kuat adalah price tidak akan ambil masa lama berada di kawasan itu. Jika sudah ada retest dan reject buat kali kedua, jika benar trend itu kuat naik, ia akan terus naik selepas itu.
Apakah Beza Price level dan SNR?
Dua-dua ini adalah sama sahaja sebenarnya cuma jika anda mahu lebih spesifik, maka anda boleh kelaskan ia kepada berberapa jenis yang berbeza dari segi nama dan juga angka yang digunakan.
Untuk bersifat universal, anda boleh fokuskan SNR sahaja.
Kelebihan menggunakan Round number : Lebih spesifik untuk menentukan kawasan entry berbanding menggunakan body atau shadow candle sebagai SNR level.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan