Khamis, 24 Februari 2022

 TECHNICAL ANALYSIS / ANALISA TEKNIKAL



Sebelum memasuki pasaran / entry market para trader akan membuat analisis dichart dengan menanda dikawasan @ zone tertentu dengan menggunakan tool asas didalam mt4. Selain itu analisis fundamental juga dilakukan. Di blog ini penekanan lebih kepada analisis secara teknikal. Lukis2 atas chart.


Support & Resistance (SnR)


Support @ harga lantai dikenali juga sebagai harga terendah dalam pasaran. Resistance @ harga bumbung dikenali juga harga tertinggi dalam pasaran. Secara ringkas dengan melihat kedudukan semasa sesuatu harga (pairs) pada ketika ini dan lihat harga terendah sebelumnya dan harga tertinggi sebelumnya yang telah dicapai.

Antara cara classic menanda SnR yang popular adalah dengan cara menanda Horizontal line pada bucu-bucu u-turn price (harga closed). Terbahagi 2, MAJOR dan MINOR SnR.

Contoh Menanda MAJOR SnR

1. Buka Chart TF Daily



2. Tukar kepada line chart




Tanda garisan dibucu yang berhampiran dengan harga semasa, dan juga yg tertinggi dan terendah berdekatan seperti contoh digambar. Tidak perlu terlalu banyak garisan cukuplah 4 garisan seperti ini untuk plan panduan trading kita.


3. Tukar kembali kepada Bar Chart




beginilah rupa keadaannya, garisan SnR MAJOR yang telah ditanda. Sebagai trader Intraday amat sesuai menggunakan kaedah menanda SnR MAJOR di TF Daily ini untuk trade yang akan dilakukan kelak.

Nanti kita sambung... ok kita sambung 11.00pm

Langkah seterusnya... buat penandaan garisan MINOR SnR samada mahu menggunakan TF H4 @ H1(terpulang) dengan menggunakan warna yang berlainan dari garisan MAJOR SnR. 

Contoh:

Tukar ke TF H4 dan tukarkan juga ke line chart seperti tadi dan tanda bucu2 u-turn yang hampir dengan garisan MAJOR SnR Daily yang sedia ada seperti dalam gambar. Di sini kita menggunakan garisan berwarna merah untuk mewakili MINOR SnR.



Kemudian kita tukar kembali chart tersebut kepada bar chart.



Ok.. garisan SnR MAJOR (biru) & MINOR (merah) yang telah ditanda tadi sebagai plan @ panduan untuk kita melakukan trading. Secara Ringkas harga semasa digambar untuk pair EUR/USD ini adalah 1.5138. SnR MAJOR dibawah 1.14520 adalah SUPPORT terdekat manakala 1.15780 adalah RESISTANCE yang terdekat. Secara teknikal price akan bergerak dari satu SnR ke satu SnR yang lain samada keatas atau kebawah. Namun konsep asas untuk melakukan entry BUY ataupun SELL adalah:- 


"BUY DI SUPPORT & SELL DI RESISTANCE"

Asas mudah sekiranya price bergerak dari harga sekarang 1.15780 dan kemudian berada di SnR MAJOR Support 1.14520~1.1470 boleh ambil keputusan untuk entry BUY tetapi haruslah memasang STOPLOSS (SL) dengan mengambil kira berapa kerugian yang sanggup ditanggung sekiranya price terus bergerak turun dan memecah MAJOR suppport yang ditanda tadi.  Dengan mengambil contoh gambar diatas mungkin trader boleh memasang SL di 1.14300 iaitu 20~30pips dari harga entry BUY tadi ( 1.1450~1.1470). Dengan ini trader dapat mengawal dan meminimakan kerugian. Bahagian ini adalah subjektif dan berbeza antara satu trader dengan trader yang lain bergantung kepada saiz Modal masing2 dalam untuk menetapkan jarak SL dan jumlah kerugian yang sanggup ditanggung.


Begitu juga   sebaliknya  jika  price  bergerak  dari  harga sekarang 1.15780 dan kemudian berada diSnR MAJOR Resistancet  1.15780~1.16050  boleh ambil keputusan untuk entry SELL  tetapi haruslah memasang STOPLOSS (SL) dengan mengambil kira berapa kerugian yang  sanggup  ditanggung  sekiranya  price  terus  bergerak  keatas dan memecah MAJOR Resitance  yang   ditanda tadi. Dengan mengambil  contoh   gambar  diatas mungkin trader boleh     memasang    SL di 1.16250   iaitu    20~30pips   dari   harga   entry   SELL    tadi (1.15780~1.16050). Dengan     ini   trader    dapat   mengawal   dan meminimakan kerugian. Bahagian   ini  adalah  subjektif  dan  berbeza  antara  satu  trader  dengan  trader yang lain bergantung  kepada  saiz  Modal  masing2  dalam   untuk menetapkan jarak SL dan jumlah kerugian yang sanggup ditanggung.


BIG ROUND NUMBER (BRN)

BRN adalah level price yang perlu diambil perhatian. Contoh BRN seperti dalam gambar dibawah ini adalah 1.1300,,,,1.1400,,,,1.1500,,,,1.1600,,,,1.1700,,,,1.1800 dan seterusnya



Di dalam gambar diatas saya tidak menandakan BRN tersebut, namun berdasarkan penandaan SnR yang telah kita buat dapat dilihat dengan jelas garisan horizontal itu berada dalam julat BRN yang berbeza. Jika dilihat dari bawah garisan yang dibuat berada di:- 



1.13426 garisan berada dalam lingkungan diantara BRN 1.13000~1.14000

1.14520 garisan berada dalam lingkungan diantara BRN 1.14000~1.15000
1.15138 garisan berada dalam lingkungan diantara BRN 1.15000~1.16000
1.15780 garisan berada dalam lingkungan diantara BRN 1.15000~1.16000
1.17649 garisan berada dalam lingkungan diantara BRN 1.17000~1.18000


Jadi bermakna BRN itu adalah level/price mula sesuatu harga. Mana2 price harga yang bernombor belakang "000" adalah BRN. Jika 5 decimal seperti diatas 1.11000, 1.12000, 1.13000, 1.14000, 1.15000, 1.16000, 1.17000, 1.18000, 1.19000 dan seterusnya adalah BRN. Jika 4 Decimal sama sahaja, cuma kurang satu digit "0".

Sebagai Asas terdapat 4 pembahagian utama diantara satu BRN ke BRN yang lain iaitu level price di 25,50 dan 75. Dipanggil juga sebagai Quarter.

Contoh:-

Diantara BRN 1.13000~ BRN 1.14000

4 bahagian/quarter itu adalah

Quarter 1 = 1.13000~1.13250
Quarter 2 = 1.13250~1.13500
Quarter 3 = 1.13500~1.13750
Quarter 4 = 1.13750~1.14000

Dalam melakukan dagangan/trade... para trader tidak dapat tidak pasti akan berhadapan dengan price di level2 yang saya sebutkan tadi samada BRN, Quarter dan sebagainya. Jika diperhalusi ada fungsi tersendiri level2 price tersebut semasa kita melakukan analisis pasaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Market structure

 Struktur pasaran (Market structure)  Struktur pasaran hanyalah sokongan dan rintangan pada carta anda, ayunan tinggi dan rendah. Ini adalah...