Ahad, 20 Mac 2022

Teknik Quasimodo QM (REVERSAL PATTERN)

 


Chart pattern adalah sebuah pola pergerakan chart yang menjadi rujukan trader untuk mengetahui sama ada pergerakan harga semasa masih lagi ingin meneruskan arah trend semasa ataupun sudah mula menunjukkan pembalikan arah. Terdapat tiga jenis chart pattern iaitu continuous, reversal dan juga sideway. Namun, tahukah anda terdapat satu chart yang jarang disebut iaitu Quasimodo. Artikel kali ini akan membincangkan apa itu teknik Quasimodo Level.

Apa itu Teknik Quasimodo

Teknik Quasimodo merupakan chart pattern yang bersifat reversal. QM atau nama asalnya adalah Over Under Pattern yang mana kemudiannya dipopularkan sebagai Quasimodo kerana bentuknya seperti satu Karakter Kartun yang bernama Quasimodo. Quasimodo ini mempunyai tubuh badan yang tinggi sebelah, sama seperti pattern yang kita akan bincangkan selepas ini.

Ciri-ciri Quasimodo

Quasimodo terdiri daripada 5 wave. Daripada 5 wave tersebut, maka terjadilah pembentukan over dan under pattern. Biasanya Quasimodo akan mudah dijumpai semasa dihujung trend. Namun, ia juga boleh muncul ketika pertengahan trend.



Terma-Terma didalam Teknik Quasimodo

Berikut merupakan beberapa terma yang perlu anda ketahui apabila mempelajari teknik ini.

  1. QML : Quasimodo Level, ia merujuk kepada bahu kiri dan menjadi area untuk trader mencari sniper entri dikawasan tersebut
  2. MPL : Max Pain Level, ia bermaksud kawasan terakhir yang menjadi benteng pembentukan QM. Sekiranya MPL ini tembus, ia bermaksud pattern tersebut tidak lagi valid.
  3. Sniper : Merujuk kepada entri yang mana apabila trigger, floating lost akan berlaku dalam kadar yang sangat minima.

Tips Dalam Menggunakan Teknik Quasimodo

  1. Tahu bagaimana untuk mencari kawasan Swing Hi dan Swing Lo
  2. Tahu bagaimana nak sahkan kawasan QML
  3. Gunakan Bullish atau Bearish Engulfing untuk dijadikan kawasan entri.
  4. Sekiranya price menuju ke kawasan QML dalam keadaan Compression, maka ia satu signal yang kuat untuk menunjukkan QM tersebut adalah valid.

Masalah Utama Dalam Teknik Quasimodo

Walaupun kita boleh lihat, teknik QM ini dapat memberikan RR yang cukup baik, namun terdapat banyak lagi cabaran yang perlu anda hadapi. Cabaran pertama adalah untuk menentukan Swing Hi dan Swing Lo. Cara yang paling common yang digunakan adalah dengan menggunakan line Chart. Line chart dapat memberikan gambaran yang lebih jelas pembentukan QM kerana chart ini hanya menggunakan close price sahaja dan filter semua shadow yang ada dalam chart candlestick.

Kedua adalah untuk menentukan kawasan QML. Ada yang menggunakan line dan ada yang menggunakan Zon. Antara tips yang terbaik adalah dengan menyulam penggunaan Bullish dan Bearish Engulfing dalam menentukan sesuatu kawasan QML. Sekiranya anda masih pening bagaimana cara untuk spot kehadiran QM, anda boleh dapat ebuku short swing pedagangjawa. Di dalamnya saya ada terangkan tentang cara bagaimana untuk spot QM dengan mudah.

Kesimpulan

Teknik Quasimodo sangat berbaloi untuk anda pelajari. Pada permulaannya ia nampak agak sukar tapi sebenarnya cukup mudah jika anda berterusan melakukan backtest. Inshaa ALLAH, dengan teknik ini, ia boleh meningkatkan winning probability anda. Jadi teruskan berusaha dan berdoa semoga ALLAH SWT memberi kefahaman kepada diri anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Market structure

 Struktur pasaran (Market structure)  Struktur pasaran hanyalah sokongan dan rintangan pada carta anda, ayunan tinggi dan rendah. Ini adalah...