Rabu, 23 Mac 2022

MENCARI SETUP UNTUK ENTRY

Perlu di ingat

TIADA SATU TEKNIK PUN AKAN MEMBERIKAN 100% KEMENANGAN

Perjalanan harga semasa sdalah psikologi pasaran. Bentuk harga pasaran adalah hasil dari psikologi pasaran itu sendiri. Harga yang membentuk patern yang dikaji, bukan kita yang nembentuknya. Kita mengikuti pembentukan harga hasil dari kemasukkan buyer/ seller. Perlu diingat, psikologi harga ini dibuat berdasarkan pola harga terdahulu, malah biasa terjadi pola ini akan berulang. Tidak semestinya perjalanan harga masa dahulu, memberikan petunjuk yang jelas perjalanan harga masa akan datang.

Entry sama sda BUY/SELL di dua keadaan sahaja iaitu 

- pertukaran trend iaitu dati uptrend ke downtrend dan sebaliknya

- penerusan trend

Umunya ianya dibuat di garisan/zon support, resistance, SBR, RBS. Setup entry juga boleh juga dibuat berdasarkan garis trendline pada chart. 

Setup entry pertukaran trend

Setup ini dibuat bila harga mula menunjukkan perubahan dari trend asal kepada trend berlawanan, iaitu dari uptrend ke downtrend  dan sebaliknya. Setup ini dibuat pada garis/zone support ketika uptrend bertukar ke downtrend atau pada garisan/zon resistance ketika trend berubah dari downtrend ke up trend.

Setup entty penetusan atau perubahan trend.

Setup ini dibuat dipertengahan trend. Harga boleh berubah di pertengahan jalan dan membentuk support atau resistance baru semasa dalam Trend. Apabila berlakunya perubahan ini trader perlu menilai sama ada untuk close entry atau membiarkannya sehingga harga berubah arah atau mencapai harga resistance atau support  tertinggi .

Seperti di beritahu pada awal tadi, asas paling kuat dalam menentukan entry atau close adalah adalah SUPPORT, RESISTANCE, RBS dan SBR.

Untuk memudahkan setting dibuat. Ujud secara psikologi pasaran bentuk-bentuk tertentu di chart yang biasanya akan menunjukkan arah pasaran (trend) selepas tanda-tanda ini muncul. 

Tanda/pattern yang biasa adalah :-

PERUBAHAN TREND

CS PATTERN : Terdiri dari satu atau lebih candle  yang membentuk petunjuk kepada pergerakan harga. Biasanya terkait rapat di reversal pattern. Buasanya trletekak dibucu sesuatu pattern harga.

CHART PATTERN : Terdiri dari pola harga yang membentuk corak tertentu yang menjadi petunjuk kepada prrgerakan harga. Biasanya terletak di pertengahan trend yang menjadi tempat harga reversal (berbalik) atau continuition (penerusan)

- CS pattern: PIN BAR ((hammer, shooting star) 

- CS pattern: ENGULFING

- CHART pattern : HEAD AND SHOULDER 

- CHART pattern : QM

- CHART pattern : CUP AND HANDLE 

PENERUSAN TREND (CONTINUOUS)

- CHART pattern: TRIANGLE

- CHART pattern : PENANT

- CHART pattern : FLAG

- CHART pattern: RECTANGULAR

- CHART pattern : QMTR KING 

- CUP ANG HANDLE

- KING/CROWN

Kebiasaannya, bila harga (dalam chart adalah candlestick) membentuk pattern diatas, bersedialah untuk membuat setting close bagi entry yang belum ditutup atau bersedia unruk entry bila peluang terbuka. Pastikan confirmation dibuat sebelum sesuatu entry dibuat. Pada patern ini adalah keadaan penentuan kekuatan antara buyer dan seller. Peniaga runvit/kecil hanya mengikut rentak pasaran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Market structure

 Struktur pasaran (Market structure)  Struktur pasaran hanyalah sokongan dan rintangan pada carta anda, ayunan tinggi dan rendah. Ini adalah...