RISK DISCLOSURE
Fuatures and Forex trading contains substantial risk and is not for every investor. An investor could potentially lose all or more than the initial investment. Risk capital is money that can be lost without jeopardizing ones’ financial security or life style. Only risk capital should be used for trading and only those with sufficient risk capital should consider trading. Past performance is not necessarily indicative of future results.
Hypothetical performance results have many inherent limitations, some of which are described below. No representation is being made that any account will or is likely to achieve profits or losses similar to those shown; in fact, there are frequently sharp differences between hypothetical performance results and the actual results subsequently achieved by any particular trading program. One of the limitations of hypothetical performance results is that they are generally prepared with the benefit of hindsight. In addition, hypothetical trading does not involve financial risk, and no hypothetical trading record can completely account for the impact of financial risk of actual trading. for example, the ability to withstand losses or to adhere to a particular trading program in spite of trading losses are material points which can also adversely affect actual trading results. There are numerous other factors related to the markets in general or to the implementation of any specific trading program which cannot be fully accounted for in the preparation of hypothetical performance results and all which can adversely affect trading results.
Isi kandungan:
Pengenalan…..3
Candlestick…..4
Support Resistance…..16
Fibonacci…..19
Contoh live trade…..27
.Penutup…..39
Pengenalan
Pelbagai teknik telah dicipta dan dibangunkan sesuai dengan personality trader yang terlibat. Tujuan utama ebook ini diterbitkan adalah bagi memberi pendedahan kepada trader mengenai bagaimana untuk menggunakan candlestick untuk membuat analisis arah pasaran dan bagaimana untuk aplikasikan support resistance untuk tujuan tersebut.
Support dan Resistance(SNR) akan memberikan gambaran secara teknikalnya mengenai pergerakan naik dan turun price berdasarkan situasi rejection dan breakout.
Candlestick akan membentuk pattern-pattern tertentu yang boleh digunakan oleh trader untuk memahami apa yang berlaku dalam pasaran.
Matlamat pembelajaran
Untuk mendedahkan dan membantu trader membaca arah pasaran lebih baik hanya dengan menggunakan kaedah candlestick dan juga gabungan bersama kaedah support resistance serta bagaimana menggunakan Fibonacci untuk memasuki dan keluar dari pasaran.
Berberapa istilah penting perlu anda ketahui dan kuasai, iaitu;
Rejection
Situasi false break ataupun gagal untuk menembusi sesuatu level SNR.
Breakout
Situasi di mana sesuatu SNR ditembusi
Candlestick signal
Signal atau petunjuk untuk memasuki atau keluar dari pasaran
Fibonacci Retracement/Extension
Adalah tools untuk mendapatkan sesuatu entry point berdasarkan retracement level dan exit point berdasarkan extension level
K.I.S.S
Keep it simple stupid – teknik yang didedahkan dalam ebook ini mengekalkan konsep ringkas dan mudah digunakan. Tiada keperluan untuk merumitkan sesuatu proses selagi ia boleh dimudahkan. Oleh itu, anda akan pelajari teknik yang tidak rumit bahkan tidak mempunyai peraturan yang sukar dan menyusahkan.
Candlestick
Candlestick = Bahasa pertuturan trader
Cara terbaik dan termudah untuk memahami apa yang berlaku dalam pasaran adalah dengan cara membaca candlestick.
Secara umumnya candlestick adalah terdiri daripada Open, High, Low dan Close.
Selain dari itu, ia juga tertakluk pada masa dan
waktu tertentu untuk ia melengkapkan OHLC kemudian terhasillah pattern-pattern tertentu yang menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam pasaran.
Berberapa candlestick yang anda perlu kuasai adalah
Pin bar
Engulfing
Evening/Morning Star
Kegunaan candlestick
Dua kegunaan utama candlestick adalah;
Analisa arah pasaran
Entry pasaran
Secara umumnya ia Nampak sama sahaja namun ia berbeza dari segi waktu ia digunakan dan timeframe ia digunakan.
Dalam teknik ini candlestick akan digunakan untuk analisa arah pada timeframe lebih besar kemudian candlestick sekali lagi akan digunakan untuk entry pada timeframe yang lebih kecil.
Pin bar
Candle pin bar terbahagi kepada dua iaitu bullish dan bearish pin bar. Candle ini juga mempunyai nama lainnya iaitu hammer untuk bullish pin bar dan shooting star untuk bearish pin bar.
Bullish pin bar = signal kepada market bullish Beaish pin bar = signal kepada market bearish
1
Ciri-ciri utama
Mempunyai body kecil
Mempunyai shadow panjang
Pin bar merupakan signal atau petunjuk kepada market rejection pada sesuatu SNR. Shadow yang panjang adalah hasil daripada candle bullish dan bearish yang berlaku hampir atau lebih dari 80% dalam pasaran.
Contoh pergerakan pasaran pada timeframe Weekly;
Pin bar terbentuk pada puncak dan dasar pasaran sebelum harga jatuh(gambar pertama) dan kenaikan tinggi(gambar kedua).
Ia sangat bagus untuk menjadi pentunjuk arah pasaran pada timeframe yang lebih besar.
Disebabkan pergerakan yang berlaku selepas signal ini terbentuk, maka kaedah yang sama digunakan pada timeframe lebih kecil untuk membuat entry, iaitu apabila candle yang sama muncul atau terbentuk di timeframe kecil.
Engulfing
Candle engulfing adalah merujuk kepada candle full body candle dan tidak mempunyai shadow panjang. Terbahagi kepada dua iaitu bullish dan bearish. Bullish adalah uptrend, bearish adalah downtrend.
Terbahagi kepada dua;
Bullish engulfing
Bearish engulfing
Bullish engulfing
Terbahagi kepada dua jenis bullish engulfing;
100% melebihi candle sebelumnya.
Melebihi 50% berbanding candle sebelumnya.
Engulfing pertama ini adalah yang umumnya diketahui oleh trader-trader yang mengkaji dan mempelajari candlestick pattern ini. Candle kedua akan melebihi saiz candle pertama.
Candle engulfing jenis kedua ini adalah bersaiz kecil berbanding candle sebelumnya namun melebihi 50% dari size candle sebelumnya. Jika dibandingkan dua-dua candle ini, candle bullish sebenarnya melebihi separuh atau 50% dari bilangan bearish-nya. Candle kedua dikira lebih ramai buyers berbanding sellers iaitu minimum 60% buyers.
Contoh pergerakan pasaran pada timeframe Weekly;
Kedua-dua jenis candle ini memberikan arah naik ataupun buy pada pasaran. Oleh itu jika terjumpa pattern ini, tindakan yang harus anda buat adalah buy atau focus kepada buy kerana secara teorinya, pasaran akan naik.
Bearish engulfing
Terbahagi kepada dua jenis bullish engulfing;
100% melebihi candle sebelumnya.
Melebihi 50% berbanding candle sebelumnya.
Melebihi 100% dari candle sebelumnya, ini adalah petanda yang cukup jelas dominasi sellers berbanding buyers sebelumnya.
Candle kedua size lebih kecil namun dari segi peratusan, ia(seller) sebenarnya lebih besar berbanding buyers. Ingat, ia adalah perbandingan candle terdahulu dan yang terkini dalam bentuk peratusan dan bukannya pips.
Jika dibanding dari segi pips, sudah pastilah nilai pips candle pertama adalah lebih besar berbanding kedua. Ini sudah pasti mengelirukan dan sudah terlari dari objektif pembelajaran ini. Oleh itu sila fokus pada peratusan sahaja.
Contoh pergerakan pada timeframe Weekly;
Kedua-dua pattern ini mempunyai maksud arah yang sama iaitu jika ia terbentuk pada puncak pasaran, ia bermaksud trend akan bearish atau downtrend. Oleh itu focus anda seharusnya sell.
Morning dan Evening Star
Terbahagi kepada dua iaitu morning star iaitu signal uptrend market atau bullish trend dan, evening star iaitu signal downtrend atau bearish trend.
Morning Star
Ia bermula dari candle bearish kemudian candle berikutnya neutral atau pun candle bersaiz kecil. Candle ke-3 pula adalah bullish engulfing. Ini adalah petanda kepada uptrend atau bullish.
Evening star
Candle pertama adalah bullish diikuti candle doji atau neutral ataupun candle yang bersaiz kecil dan berakhir dengan candle ketiga bearish. Ini adalah petanda trend adalah downtrend/bearish.
Contoh pergerakan pada timeframe Weekly;
Rumusan Candlestick
Candlestick terbahagi kepada dua iaitu bullish dan bearish. 3 pattern utama adalah pin bar, engulfing dan morning/evening star.
Candlestick bullish adalah uptrend dan bearish adalah downtrend.
Memahami candlestick pattern akan memudahkan trader membuat analisa arah dan tindakan entry/exit.
Secara teorinya, market akan naik lagi jika ia ditutup bullish pada minggu sebelumnya dan akan turun lagi jika ditutup bearish pada minggu sebelumnya.
SUPPORT DAN RESISTANCE(SNR)
Kenapa mesti SNR?
SNR adalah mewakili harga lantai dan harga siling. Dalam trading ia mempunyai fungsi seperti untuk memahami trend harga dan juga reversal harga apabila gagal menembusi sesuatu harga.
Umumnya trader menggunakan SNR untuk entry dan exit. Sebagai contoh, buy di harga support dan exit di harga resistance. Sebenarnya selain menggunakan untuk entry dan exit, SNR juga merupakan tools untuk menganalisa arah pasaran.
Asas SNR
Harga yang naik kemudian berpatah-balik ia membentuk resistance.
Harga yang turun pula kemudian ia berpatah-balik semula ia membentuk support.
Sesuatu SNR yang diuji berkali-kali namun gagal tembus, ia dikira sebagai strong SNR.
SNR yang ditembusi pula akan berubah fungsi.
Apabila SNR ditembusi, price akan pergi SNR seterusnya.
Fungsi SNR
Fungsi support – menghalang downtrend dan menyokong uptrend. Entry pada support adalah buy.
Fungsi resistance – menghalang uptrend dan menyokong downtrend. Entry pada resistance adalah sell.
Fungsi support adalah untuk menghalang downtrend, oleh itu apabila candlestick closed sebagai bullish di atas support, ia memberikan hint market akan reversal naik.
Strong SNR berlaku apabila sesuatu SNR itu gagal ditembusi dan berlaku berberapa kali retest dan reject. Kesan dari strong reversal akan berlaku selepas berberapa kali kegagalan untuk menembusinya.
Akan tetapi, jika sesuatu SNR ditembusi, ia akan bertukar fungsi sesuai SNR itu sendiri. Sebagai contoh, jika support ditembusi, ia akan bertukar fungsi menjadi resistance(SBR). Selling akan dibuat apabila price naik semula ke SBR ini.
Garisan melintang/horizontal line
Garisan melintang adalah merujuk kepada harga berdasarkan body candle ataupun shadow candle. Meletakkan garisan melintang juga bermaksud membuat marking SNR pada chart anda.
Marking umum SNR
Anda boleh membuat marking paling mudah dan ringkas SNR ini pada hujung shadow candle.
Baca mengenai Candle dan SNR : https://pullbackforextrading.com/mengenal-pasti-snr- kuat-dan-valid/
Rumusan SNR
SNR digunakan untuk memahami sesuatu trend dalam pasaran.
Jika breakout sesuatu resistance, price akan naik ke resistance berikutnya.
Support, menyokong kepada buying dan menghalang kepada selling. Buy di support.
Resistance, menyokong kepada selling dan menghalang kepada buying. Sell di resistance.
Sesuatu level SNR yang diuji berkali-kali tetapi gagal untuk break adalah strong SNR.
Apabila sesuatu SNR itu berjaya ditembusi ia akan bertukar fungsi – jika support ditembusi, ia akan menjadi resistance manakala jika resistance ditembusi ia akan menjadi support
Pertukaran fungsi SNR iaitu support become resistance dan resistance become support berlaku apabila price membuat breakout atau juga bermaksud pertukaran arah pasaran dari bullish kepada bearish dan bearish kepada bullish.
FIBONACCI
Fibonacci = tools ajaib untuk memasuki dan keluar dari pasaran
Kegunaan Fibonacci di sini adalah dua iaitu, Fibonacci retracement untuk entry dan fibonacci extension untuk take profit ataupun exit.
Anda akan menggunakan dua jenis Fibonacci untuk tujuan ini, oleh itu akan ada dua Fibonacci pada chart anda.
Fibonacci Retracement
Kegunaan utama adalah untuk mendapatkan entry apabila price membuat retracement. Sambungan mudah adalah seperti berikut;
Dari support kepada resistance jika uptrend.
Dari resistance kepada support untuk downtrend.
Tips menyambungkan Fibonacci retracement
Buka timeframe Weekly dan kenalpasti trend berdasarkan candlestick terakhir. Sambungkan Fibonacci retracement pada candle tersebut.
Jika candle adalah bullish, maka sambungan adalah dari bawah ke atas. Lihat contoh mudah di bawah;
Sambungan fibo akan dibuat dari support kepada resistance. Tetapi jika candle adalah bearish, maka sambungan adalah dari resistance kepada support.
Artikel rujukan : https://pullbackforextrading.com/teknik-termudah-fibonacci/
Fibonacci Golden Ratio
Tiga(3) level utama Fibonacci retracement adalah;
61.8
50.0
38.2
Silver ratio;
23.6
78.6/76.4
Tidak semua entry pada level fibo ini akan berakhir pada extension level yang sama. Sila baca di bawah;
Fibonacci Extension
Fungsi utama Fibonacci ini adalah untuk exit trade ataupun take profit(TP). Ia akan memberikan jangkaan price untuk take profit anda.
Cara sambungan Fibonacci extension adalah seperti berikut;
Untuk TP uptrend, sambungkan dari resistance akhir kepada support akhir.
Untuk TP downtrend, sambungkan dari support akhir kepada resistance akhir.
Panduan mendapatkan SNR akhir
SNR terakhir adalah yang paling dekat dengan entry anda dan apabila price high atau low terdekat untuk membuat new high atau new low sesuai dengan trend pada waktu itu.
Sambungan akan dibuat di timeframe H1, M30 ataupun M15.
Level-level Extension fibo;
1. 127.2
2. 138.2
3. 161.8
4. 200.0
5. 261.8
6. 423.6
Panduan menetapkan TP
TP akan ditetapkan berdasarkan dari entry yang dibuat pada Fibonacci retracement. Panduan adalah seperti berikut;
Jika entry pada golden ratio maka TP adalah di 161.8, 200.0 ataupun 261.8 Jika entry pada silver ratio, maka TP anda adalah di 127.2, ataupun 138.2
Anda boleh baca lebih lanjut di sini https://pullbackforextrading.com/teknik-wajib-fibo- tahun-2022-cara-take-profit-ini-tidak-ramai-yang-tahu/
End Of Trend(EOT)
Penghujung trend atau pengakhiran sesuatu trend adalah di 423.6. Ia berlaku hampir di semua timeframe
Biasanya price akan membuat reversal apabila menyentuh level 423.6 ini. Namun ada masanya juga price akan break. Oleh itu level ini biasanya hanya digunakan untuk melihat sesuatu trending bakal berakhir atau belum sahaja.
Cara sambungan masih sama seperti mencari Fibo TP namun ia dilukis pada awal trend pada sesuatu timeframe yang ingin dianalisa.
Di atas adalah contoh EOT pada pair USDCAD di timeframe D1. Trader yang mengambil risk akan membuat entry reversal ketika price sentuh level 423.6 ini.
Antara kegunaan lain EOT ini juga adalah untuk elakkan trader dari memasuki penghujung trend ketika sesuatu pair itu sudah agak trending jauh atau mempunyai trend yang sangat panjang.
Gunakan kaedah EOT ini untuk cari-tahu adakah trend sudah sampai ke penghujungnya atau belum. Sebagai contoh, jika pada waktu itu price sedang pullback atau breakout 261.8, maksudnya ia masih boleh gerak lagi ke 423.6.
Fibonacci Adjustment
Adjustment adalah proses mengubah sambungan fibo kepada SNR baru yang terbentuk kerana gagal meneruskan breakout tersebut. Biasanya ia retrace semula ke high lama dan berpotensi meneruskan semula breakout baru tersebut. Pada waktu ini biasanya trader boleh tertipu kerana menyangka false break berlaku. Penyelesaian terbaik adalah, membuat adjustment!
Adjustment akan dibuat apabila new Weekly high terbentuk ataupun new Weekly low terbentuk.
Apa yang anda perlu buat adalah mengubah sambungan fibo anda kepada SNR baru atau Weekly new low/ support tersebut. Dalam gambar saya berikan contoh kepada downtrend. Oleh itu anda akan menyambungkan fibo lama ke support baru.
Cara yang sama jug ajika berlaku new Weekly high. Sila adjust fibo 100.0 ke resistance baru tersebut.
Entry point
Apabila adjustment dibuat, maka kedudukan retracement juga akan berubah, oleh itu ia akan menjadi panduan entry baru jika berlaku rejection di situ.
New high berlaku dan price retrace semula ke 0.00 fibo. Sila adjust ke new high/new resistance tersebut.
Kedudukan retracement level baru – iaitu kedudukan 23.6, 38.2 dan lain-lain akan berubah menjadi panduan baru untuk entry.
Entry dibuat pada 50.0 apabila candle bullish hammer terbentuk di situ.
NEW HIGH
Maklumat lanjut bolehlah ke halaman ini https://pullbackforextrading.com/adjustment- fibo-untuk-sharp-entry/
Rumusan
Fibonacci terbahagi kepada dua iaitu retracement dan extension.
Retracement adalah untuk entry manakala extension adalah untuk exit.
Penggunaan adalah berbeza oleh itu dua fibo akan disetkan pada chart sesuai dengan kegunaaannya pada waktu tersebut.
Fibo adjustment dibuat apabila berlaku new high/new low tetapi price mencari semula area retracement.
CONTOH LIVE TRADE
Contoh-contoh entry diambil dari group signal live trade whatsapp dan telegram.
FIBO RETRACEMENT
USDCAD BULLISH ENGULFING
USDCAD membentuk bullish engulfing selepas candle bullish hammer terbentuk pada minggu sebelumnya. Plan adalah buy pada minggu ini kerana factor minggu sebelumnya.
Entry buy dibuat apabila candle bounce di salah-satu fibo golden ratio level.
GBPAUD BULLISH ENGULFING
Pair ini membentuk bullish engulfing selepas breakout resistance 1.89622. Dari situasi ini, plan seharusnya adalah buy dan bukannya sell.
Entry buy dibuat apabila retest dan rejection berlaku di golden ratio 61.8 fibo.
EURAUD PIN BAR
EURAUD closed sebagai hammer/pin bar. Buy low dibuat apabila retest low berlaku. Menentukan trend berdasarkan candlestick adalah cara paling simple dan mudah dibuat.
GBPUSD ENGULFING
Di atas adalah contoh engulfing pattern yang membawa kepada signal buy untuk GBPUSD. Bagaimana untuk tahu buy sahaja sepanjang minggu tersebut? Jawapannya ada pada trend minggu lepas!
FIBO TP
Di bawah adalah contoh Fibo TP scalping exit di M15. Fibo akan dilukis jika break 100.0 fibo berlaku. Jika break 100.0, maka price akan ke extension level. Exit boleh dibuat di situ. USDJPY M15
Trade buy ini ditutup pada extension 261.8 berdasarkan rule exit fibo TP yang disetkan pada M15. Beza pada setiap timeframe adalah potensi pips yang boleh dihasilkan.
Semakin besar timeframe, maka semakin banyaklah pips yang boleh diperolehi. Untuk mendapatkan pips yang maksimum, anda disarankan untuk buat fibo TP di H4.
USDCAD M15
Signal sell USDCAD dari group live trade – Exit manually dibuat pada extension level apabila sudah mengena di sasaran ini.
Berikut adalah contoh fibo TP di timeframe H1;
Analisa trend boleh dibuat berdasarkan candle terakhir di timeframe Weekly.
Entry boleh dibuat di H1 ataupun H4.
Exit strategy pula boleh dibuat terus di H1, H4 ataupun secara scalping di M15.
Akhir kata
Semoga ebook yang ringkas ini dapat memberikan sinar baru kepada anda yang masih tercari-cari rentak di dalam trading. Ebook ini hanya ‘cover’ serba-ringkas serta memberikan update terkini memandangkan penulisan asal adalah dibuat pada tahun 2018.
Ilmu yang disampaikan di dalam ebook ini adalah hasil dari pengalaman admin sendiri selain mendapatkan ilmu-ilmu secara terus dari trader lain yang lebih berpengalaman. Tiada ilmu yang disampaikan dalam ebook ini adalah hasil dari kajian/trial-error ataupun penemuan baru. Ilmu yang anda pelajari ini adalah yang sebenarnya digunakan oleh majority professional trader.
Segala yang anda pelajari dalam ebook ini mungkin agak rumit difahami dan mungkin tidak sesuai untuk newbie. Kefahaman dan kemahiran boleh dikuasai apabila anda membuat latihan anda sendiri termasuklah mendapatkan mentor untuk berikan tunjuk-ajar terutamanya semasa live market. Anda juga perlukan lebih masa untuk memahaminya, jangan sasarkan matlamat jangka pendek untuk hasil segera atau cepat kaya kerana ia tiada di sini. Sesuatu itu perlu dibina secara perlahan dan perlukan modal dan pengorbanan tenaga dan masa anda.
Ebook ini hanyalah preview untuk apa yang diajarkan dalam member area. Berberapa topik lain seperti money & risk management, strategi analisis candle arah, strategy candle entry, pecahan-pecahan SNR, trading psikologi/personaliti dan banyak lagi tidak ditulis dalam ebook ini.
Maklumat lebih terperinci mengenai candlestick, Fibonacci dan SNR juga boleh didapati secara percuma di blog admin di www.pullbackforextrading.com
Anda boleh akses secara percuma lebih banyak lagi kandungan teknik di halaman membership. Sila daftar percuma hari ini di https://www.cspro.pullbackforextrading.com/daftar
Semoga kejayaan milik anda!
Mohd tfasyit
P.S: Daftar live account di bawah admin >> KLIK SINI dan SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan