Ahad, 27 Mac 2022

Kesilapan umum ketika ikut price action

 

Kesalahan UMUM Pelabur baru

1 – Tidak sabar menunggu

2 – Tak mahu tunggu retest

3- Malas tunggu confirmation

4- Overmargin dan Overconfident



Kesalahan #1 – Tidak sabar menunggu

Sabar itu sebenarnya adalah sebahagian proses perniagaan/perdagangan ini. Walaupun mungkin ada yang membantah tapi itulah hakikatnya. Kita sebenarnya di’bayar’ untuk bersabar.

Tapi bersabar bagaimanakah yang dibayar itu? Itulah dia sabar dalam menunggu peluang yang bukan ada setiap hari. Trader yang tidak sabar biasanya akan kecundang dan menyesal tak sudah

Sabar yang diperlukan adalah sabar untuk menunggu sesuatu setup atau signal. Bila semua syarat dipenuhi barulah anda membuat keputusan untuk entry.

Price action perlu masa untuk berlaku. Oleh itu sabarlah dahulu, bertindak kemudian(apabila perlu).


Orang yang tak sabar ini biasanya punyai perasaan takut terlepas peluang. Dalam artikel sebelum ini saya ada terangkan mengenai FOMO iaitu perasaan takut terlepas peluang yang menyebabkan trader bertindak melulu membuat entry hanya kerana merasakan masih mempuyai peluang untuk membuat profit.

Kesalahan #2 – Tak mahu tunggu retest

Jika tidak sabar untuk entry sudah cukup menyusahkan, maka tidak sabar untuk tunggu retest juga satu hal lagi yang menyusahkan. Retest adalah proses untuk dapatkan diskaun untuk buy low dan sell high.

Dalam kehidupan seharian juga kita perlu sentiasa menunggu. Sebagai contoh untuk dapatkan harga rendah barang-barang yang kita minati samada fesyen ataupun gadget, sebenarnya kita hanya perlu tunggu sahaja ia turun harga, then barulah beli pada harga murah. Jika anda merebut peluang pada waktu ia mula-mula dijual, anda pasti dapat harga tinggi.

Selain dari membeli-belah, kita juga hanya akan untung apabila membeli harga murah dengan cara memborong banyak-banyak kemudian barulah menjualnya semula dengan harga pasaran.

Dalam forex trading, harga diskaun murah atau harga tinggi mahal akan berlaku apabila sesuatu pergerakan bermula. Biasanya ia akan retest area-area breakout sebelum ia kembali berlepas.

Selain dari membeli-belah, kita juga hanya akan untung apabila membeli harga murah dengan cara memborong banyak-banyak kemudian barulah menjualnya semula dengan harga pasaran.

Dalam forex trading, harga diskaun murah atau harga tinggi mahal akan berlaku apabila sesuatu pergerakan bermula. Biasanya ia akan retest area-area breakout sebelum ia kembali berlepas.

Anda mahu harga lebih baik? tunggulah retest dahulu.


Akibat malas tunggu retest, maka kejar market dan sell low. lihat padahnya. Bagaimana jika anda tunggu sahaja retracement dan cari entry lebih baik? Lihat di bawah;




Lihat gambar di atas, mana lebih baik? Saya yakin pasti ramai pembaca blog pullback akan kata buy pada no. #2 adalah lebih baik kerana lebih rendah berbanding no. #1.

Jika anda biasa masuk pada entry no.#1 pasti anda sudah biasa floating loss besar sebelum ia betul-betul menjadi. Bukankah lebih baik tunggu price buat low dulu dan anda masuk pada harga lebih rendah? Pilihan saya serahkan untuk anda tentukan.


Kesalahan #3- Malas tunggu confirmation

Selain tak sabar, malah nak tunggu confirmation juga kesilapan utama trading price action. Malah lebih teruk siap buka timeframe M1 dan M5 kononnya untuk dapatkan signal lebih awal.

Ini adalah suatu masalah yang kritikal jika ditambah lagi dengan trading full margin dan balas dendam. Anda sayangkan duit anda? jangan buat kerja gila ini.

Sesuatu signal atau confirmation akan ambil sedikit masa untuk confirmkan sesuatu level itu adalah entry level atau mungkin saja ia hendak naik lagi buat high atau turun lagi buat low.



Jika anda masuk melulu sebab malas nak tunggu confirmation, jangan salahkan broker anda jika anda terkena lagi false signal sebab masuk awal sangat. Jika anda antara yang masuk awal seperti contoh di atas sebab malas tunggu confirmation, pasti setelah anda cutloss barulah anda perasan, area entry anda itu rupanya sebenarnya adalah area untuk sell. Lihat gambar di atas betul-betul.


Jika anda bersabar dan tunggu apa candle yang close dulu, lepas tu barulah buat keputusan, kan lebih bagus berbanding entry melulu seperti gambar sebelum ini. Inilah kemanisan sebenar bersabar!

Kesalahan #4- Overmargin dan Overconfident

Kesalahan yang paling membawa maut kepada akaun anda lebih pantas dari kelipan mata anda! Inilah dia Overmargin dan Overkonfident.

Sudahlah overmargin, overconfident pula tu. Dahsyat sungguh!

Hanya sebab terbentuknya pin bar atau hammer di sesuatu support atau RBS, ia tak bermaksud price akan melonjak ke bulan selepas itu.



Begitu juga jika terbentuknya shooting star di resistance atau SBR, tak bermaksud akan jatuh menjunam. Inilah kesilapan paling fatal kebanyakan trader baru/newbie.

Harus diingat, tidak semua signal adalah tepat 100%, oleh itu anda perlu lindungi akaun anda dari kesilapan popular ini. Anda boleh kawal risk melalui money management dan juga stoploss agar keluar lebih awal sebelum kerugian menjadi parah, dan sebelum akaun simpanan dan tabung anak anda jadi mangsa, sila bertaubat cepat.

Akhir kata

Okeylah, saya tak nak ulas panjang-panjang, selebihnya terpulang kepada anda untuk senaraikannya. Yang penting saya harapkan agar 4 kesalahan price action ini akan membantu anda keluar dari zon newbie dan seterusnya menjadi professional dan profitable trader!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Market structure

 Struktur pasaran (Market structure)  Struktur pasaran hanyalah sokongan dan rintangan pada carta anda, ayunan tinggi dan rendah. Ini adalah...