Kenapa SNR?
SNR mempunyai banyak cabang seperti fibonacci, moving average, trendline dan garisan melintang meliputi history price, round dan big round number dan juga candlestick(body ataupun shadow).
Memahami SNR boleh bantu anda mendapatkan entry lebih baik. Berikut contoh setup yang memberikan profit yang cantik menawan.
Di atas SNR berdasarkan nombor genap 1.3200. Rejection berlaku berdasarkan candle pattern.
Selepas candle reject pertama, berlaku lagi retest ke-4 dan kali ini terbentuk shadow yang sangat panjang dan candle close di atas level 1.3200. Ini memberikan hint ia adalah strong level.
Lihat pula contoh berikutnya.
AUDUSD berlaku 3x retest dan rejection di atas number genap 0.7100 kemudian terus meroket naik. Melalui cara ini anda hanya perlu melihat level penting dan membuat tindakan entry yang sesuai dengan keadaan tersebut.
Inilah sebab utama kenapa anda perlu kuasai topik SNR ini. Untuk tujuan ini anda perlu memahami apa itu fakta support resistance.
Apa itu fakta SNR?
Fungsi SNR dalam trading adalah penting dalam kita menentukan enty, exit, trending dan reversal.
Ringkasan FAKTA SNR –
- Sesuatu SNR yang berlaku berberapa cubaan(retest) tetapi gagal break dikira sebagai strong SNR
- Apabila SNR ditembusi, ia akan bertukar fungsi(SBR dan RBS)
- Support adalah untuk menyokong uptrend, terbentuk apabila price turun kemudian membuat kenaikan
- Dalam sesuatu uptrend, entry buy akan dibuat ketika price menyentuh support level
- Resistance adalah untuk menyokong downtrend, terbentuk apabila price naik, kemudian membuat penurunan
- Dalam sesuatu downtrend, entry sell akan dibuat ketika price menyentuh resistance level
Tak faham apa-apa? jangan risau.
Bagi anda yang baru dalam trading atau baru mempelajari mengenai SNR, sedikit info ringkas untuk anda.
SNR di lukis dengan cara menandakan atau membuat marking price secara meletakkan horizontal line pada candlestick. Garis yang ditandakan adalah pada hujung shadow/wick atau "sumbu". Garis resiastance/support bukan bermakna ianya yang paling bawah atau paling atas, tetapi berlakunya perubahan trend yang ketara.
Contoh marking SNR;

Entry berdasarkan SNR
Entry buy boleh ditentukan melalui support, manakala entry sell boleh ditentukan melalui resistance. Entry di SNR, Exit juga di SNR. Buy di support, exit di resistance. Begitu jugalah apabila sell di resistance, exit di support.
Trend pula boleh diketahui melalui breakout pada sesuatu SNR juga boleh ditentukan apabila kegagalan penembusan SNR(reversal).
Buy di support, exit di resistance. Begitu jugalah apabila sell di resistance, exit di support.
Fakta Support
Menyokong kepada Uptrend dan menghalang kepada downtrend. Buyers akan masuk ke dalam pasaran untuk menaikkan price apabila price sampai ke support level.
Fakta Resistance
Menyokong kepada Downtrend dan menghalang kepada uptrend. Sellers akan masuk ke dalam pasaran untuk menjatuhkan price apabila sudah sampai ke resistance level
PENTING:
- Jika anda trading di dalam uptrend, fokus buy sahaja danperhatikan di mana level support pada trend tersebut.
- Jika anda trading dalam downtrend, fokus sell sahaja dan perhatikan resistance level pair yang anda trade.
- Trading dalam trending ini juga dikenali sebagai trading continuation trend
Level SNR yang kuat?
Kawasan support atau resistance yang price kerap rejected atau reverse adalah kawasan atau level SNR yang kuat. Di SNR ini ada potensi berlaku repeating history atau berlakunya pengulangan pergerakan.
Fakta Pertukaran Fungsi SNR
Apabila price menembusi(breakout) sesuatu SNR, maka SNR itu akan berubah fungsi. Pertukaran fungsi ini juga adalah petanda kepada kekuatan trend pada waktu itu. Ia juga boleh membawa maksud reversal dan continuation trend. Selepas berlaku breakout ini, SNR yang asalnya. sebagai contoh, menyokong kepada uptrend, kini akan menyokong pula kepada downtrend. Oleh itu ia akan dijadikan panduan untuk entry sell anda berdasarkan kekuatan pergerakan pada waktu itu.
Begitu jugalah jika anda dalam trading downtrend dan berfokuskan resistance untuk sell anda dan jika breakout, anda akan buy pada resistance itu yang kini dikenali sebagai support.
Situasi pertukaran fungsi ini dikenali sebagaiResistance become Support(RBS) dan Support become Resistance(SBR).
SNR, Continuation trend dan Reversal trend
CONTINUATION TREND
Jika dalam uptrend, maka fokus anda adalah buy. Oleh itu anda akan menumpukan pada support level untuk buy anda. Akan tetapi jika price naik dan menembusi price tertinggi yang terdekat, maka kekuatan price adalah untuk lebih trending lagi. Jika gagal, maka price akan kemungkinan untuk reversal.
REVERSAL TREND
Untuk memudahkan pemahaman, kita akan merujuk pada perubahan arah di timeframe yang lebih besar. Contohnya Monthly, Weekly dan Daily. Dalam masa yang sama juga ia akan membentuk chart pattern seperti double top dan bottom juga tripple top dan bottom.
Reversal trend pada timeframe besar ini penting bagi anda yang mahukan ketepatan dalam trading anda terutamanya untuk jangka panjang.
Dengan memahami SNR sahaja sebenarnya ia dah cukup untuk bantu anda profitable kepada saya. Mahu lebih advance? Anda boleh kaitkan dengan candlestick pattern.
Dinamik SNR
(SNR YANG TIDAK LURUS TETAPI TERBENTUK BERDASARKAN PURATA HARGA. CONTOHNYA, EMA20... PURATA HARGA 20 CANDLE TERDAHULU.
EMA = exponantial moving average.
MA = simple moving average)
Moving average adalah antara indikator yang boleh berfungsi sebagai SNR. Antara MA popular adalah MA20, M30, MA50, MA100 dan MA200.
Dua pilihan MA yang popular pula adalah;
- Exponential MA
- Simple MA
Ringkasan
Saya tunjukkan live trade saya di bawah agar dapat membantu pemahaman anda secara ringkas.
Sell GBPAUD di buat berdasakan trend menurun(downtrend) di bawah EMA20. EMA ini bertindak sebagai dinamik SNR. Contoh sell boleh dibuat apabila candle menyentuh garis EMA20 yang berbertberbertanda merah.
Buy GBPUSD di atas support @ RBS kerana trend adalah menaik(uptrend). Untuk lebih selamat, pastikan berlakunya retest di garis SNR tersebut sebelum entry dibuat.
Buy USDCAD apabila price bounce di atas support level. Antara candle yang kuat sebelum berlakunya perubahan arah adalah adalanya candle patterns pin bar. Disebut juga :-
hammer : ketika nak tukar Downtrend ke uptrend.
shooting star : ketika tukar uptrend ke downtrend.
Candle pattern lain yang kuat sebelum pertukaran trend adalah engulfing, bearish harami, enening star, three black crow.
Sell USDCHF dengan sebab bahawa price break support, kini support itu adalah resistance yang menyokong kepada sell. Dua rentry buy boleh dibuat, seeloknya tunggu sehingga retest, dibimbangkan berlakunya lantunan harga berlaku di SNR.Akhir kata
Saya sarankan lebih banyak membuat backtest untuk memahami fakta SNR ini terutamanya pada bahagian SBR dan RBS. Memahami SNR ini akan jadi kelebihan kepada anda dalam professional trading terutamanya dalam mengenal-pasti trend, entry dan exit. Paling penting adalah anda boleh trade tanpa indikator atau minimum indikator.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan