Selasa, 22 Mac 2022

CHART PATTERN REVERSAL YANG BIASA BERLAKU

Jenis chart patern reversal yang biasa

1 - HEAD AND SHOULDER 

2 - TRIPLE TOP/BOTTOM

3 - DOUBLE TOP/ BOTTOM 

4 - ISLAND REVERSAL 


SOP sebelum entry

- seelok-eloknya tengok keseluruhan tf (dari D1 ke M15) untuk melihat trend harga. Dari sini boleh diputuskan entry apa yang boleh dicari untuk pair tersebut. Seelok-eloknya tf D1, H4 dan H1. Jika ketiga2 tf ini menunjukkan tren yang baik, digalakkan masuk ke pair yetsebut, jija tidak, carilah pair lain. Pilihan ditangan anda!!!

- pastikan pattern dibuat telah lengkap. Contohjya tripple top, ketiga2 puncak dah sentuh resistance zon dan sudah mula membuat reversal.

- entry apabila ada retest/reject/breakout atau dengan kata lsin ada confirmation. Salahsatu caranya adalah pastikan candle selepas pattern terhasil telah terjadi lengkap (telah closed). Ianya memastikan kekuatan arah telah ditunjukkan oleh buyer atau seller. Sekiranya hanya CS pin bar, doji atau dengan kata lain body candle "nipis" terhasil, hold dulu entry, dibimbangkan berlaku reversal selepas lengkapnya pattern.

- perhatikan volume dagangan. Jika kecil, lebih baik jangan masuk.

- pastikan SL disetkan dan TP di setkan, melainkan anda ingin menatap screen secara manual. Jaga MM.

- Nak lebih selamat, masuk entry selepas 1 atau dua jam selepas berlakunya breakout/ reversal. Untuk memasyikan pasaran dah stabil.

HEAD AND SHOULDER

Kalau tengok baik-baik, kat neckline tu jadi Support Become Resistant. Kan? Tak payah hafal. Kena faham saja.


Cara nak trade. Lukis betui2, bukan macam kat atas, tapi kat bawah...



Corak ni corak reversal iaitu ia berubah arah trend bila dia buat pattern ni. Kalau masuk dari bawah (uptrend) dia keluar pun kebawah (downtrend) dan sebaliknya. Pastikan dah lengkap bentuknya, selepas CS (candlestick) terakhir closed baru entry. Kalau nak selamat, masuk pasaran selepas ia stabil iaitu selepas 1 atau 2 jam selepas perubahan trend. Kalau pakai tf H1... tunggulah dulu dua CS dah closed, baru masuk. Cuma kalau harga "terjun"... terasa rugilah pulak. 😁😁

Yang kat bawah ni keterbalikan dari atas. Jadi analisa pun kena terbaliklah.


TRIPLE TOP/BOTTOM

Triple TOP/BOTTOM  terjadi apabila prica naik (bullish) dan cuba menembusi zon resistance tetapi gagal. Setelah tiga kali cuba menembusi zon resistance dan gagal, price akan kembali menurun (bearish). Garis puncak ketiga-tiga top adalah dalam zon resistance. Begitu pula sebaliknya bagi tripple bottom. Kegagalan menembusi support sebanyak 3 kali akan menyebabkan price kembali menaik.

Perlu diingat, apabila price terhalang di zon support atau resistance dua kali atau lebih (tidah berjaya breakout), garis atau atau zon ini menjadi key level atau significant support/resistance.  Ia boleh menjadi rujukan pergerakan harga di masa hadapan.

Tempat entry. Macam biasa, entry (SELL) adalah di puncak (resistance) apabila price mula menurun. Pastikan CS menurun lengkap bentuknya dahulu sebelum entry. Bagi tripple bottom, entry (BUY) adalah di kawasan Resistance, dengan cara yang sama.

Untuk lebih selamat, sebelum entry, tak kiralah sel atau buy, perhatikan volume dagangan. Kalau volume kecil, hold dulu, dibimbangkan trend akan lawan kita dan melakukan pergerakan diluar jangkaan.










DOUBLE TOP/BOTTOM 

Pattern ini lebihkurang sama dengan triple top, cuma bezanya puncak atau bucunya ada dua.





ISLAND REVERSAL 


Syarat sah

  1. Ada rally/uptrend yang diikuti dengan upgap.
  2. Price sideway sekejap lepas tu bagaikan pulau yang tergantung.
  3. Ada downgap yang diikuti dengan downtrend.

Hati-hati dengan gap di hujung trend . Exhaustive gap boleh membentuk island reversal, kemudian akan bagi signal yang sangat kuat untuk price lipat/reverse. Jangan terus entry bila ada gap, tunggu sehingga berlaku pattern selanjutnya selepas ianya terjadi.

Bottom island reversal hanya terbalik dari top island reversal sahaja.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Market structure

 Struktur pasaran (Market structure)  Struktur pasaran hanyalah sokongan dan rintangan pada carta anda, ayunan tinggi dan rendah. Ini adalah...