Didalam blog saya ini, saya kumpulkan pelbagai ilmu berkenaan trading (saya masih baru dan masih belajar untuk trade). Kandungan didalam ini adalah sekadar koleksi peribadi. Saya tidak bertanggungjawab atas kesan penggunaan blog ini kepada orang lain.
Remember
THERE IS NO STRAEGY 100% WINRATE
Selasa, 15 Februari 2022
FAKTA SNR INI WAJIB ANDA PELAJARI JIKA MAHU SUKSES DALAM PR
Fakta penting SNR yang anda wajib tahu
Dalam halaman ini saya akan kongsikan mengenai fakta support resistance. Maklumat support resistance atau singkatannya, SNR boleh didapati melalui internet namun apa yang membezakan artikel ini dengan sumber-sumber lain dari internet itu adalah, anda akan pelajari apa itu ‘fakta support resistance.’
Kenapa SNR?
SNR mempunyai banyak cabang seperti fibonacci, moving average, trendline dan garisan melintang meliputi history price, round dan big round number dan juga candlestick(body ataupun shadow).
Memahami SNR boleh bantu anda mendapatkan entry lebih baik. Berikut contoh setup yang memberikan profit yang cantik menawan.
Di atas SNR berdasarkan nombor genap 1.3200. Rejection berlaku berdasarkan candle pattern.
Lihat pula contoh berikutnya.
AUDUSD berlaku 3x retest dan rejection di atas number genap 0.7100 kemudian terus meroket naik. Melalui cara ini anda hanya perlu melihat level penting dan membuat tindakan entry yang sesuai dengan keadaan tersebut.
Entry buy boleh ditentukan melalui support, manakala entry sell boleh ditentukan melalui resistance. Entry di SNR, Exit juga di SNR. Buy di support, exit di resistance. Begitu jugalah apabila sell di resistance, exit di support.
Trend pula boleh diketahui melalui breakout pada sesuatu SNR juga boleh ditentukan apabila kegagalan penembusan SNR(reversal).
Buy di support, exit di resistance. Begitu jugalah apabila sell di resistance, exit di support.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan